Sunday 24 March 2013

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN 16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

              - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

               - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

               - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

               - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

              - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

             - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

             - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.


sumberhttp://mymassa.blogspot.com/2013/03/eksklusif-lahad-datu-butir-butir.html

Saturday 23 March 2013

Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda Negeri Terengganu

Kuala Terengganu :  Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda peringkat negeri terengganu telah berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Majlis di rasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu. Program anjuran Persatuan Wanita Muda Terengganu ( WARDAH) itu yang di pengerusikan oleh Puan Nordiana Binti Haji shafie mendapat sambutan hebat dari seluruh wanita muda di negeri Terengganu. Kehadiran melebihi 5 ribu orang wanita muda memenuhi stadium negeri hari ini.  Tahniah dan Syabas buat Puan Nordiana  binti Haji Shafie kerana berjaya mengumpul bergitu ramai wanita muda pada hari ini…


sumber
PAS yang memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 telah membuat satu pelaburan ‘sesat’ hingga mengakibatkan syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) rugi sebanyak RM 37.5 juta untuk membeli 66,350,711 saham dalam syarikat Aurado Energy Inc. (Aurado).
Aurado ialah sebuah syarikat minyak yang didagang pada Toronto Stock Exchange.
Vela Energy Holding Limited (Vela) memiliki 48.67% atau 306,262,289 saham dalam Aurado, yang mana 193,000,000 saham adalah hak punya beneficial iaitu hak punya Vela tetapi didaftarkan atas nama pihak yang lain (saham beneficial).
Urusan niaga utama Vela ialah pelaburan (investment holding) dan sebagai pemegang kuasa amanah (trustee) bagi pihak-pihak ketiga.
Pelaburan dalam syarikat Aurado itu adalah suatu peluang yang berisiko tinggi yang kemudian ternyata menjadi sia sia belaka disebabkan perkara berikut:
(a)   Tiada sebarang due diligence mahupun pemeriksaan syarikat ini secara terperinci, bagi pelaburan sebanyak ini, tidak memadai secara rumusan syarikat tanpa due diligence yang mendalam.
(b)   Pelaburan dan pembayaran di buat secara mudah tanpa pemegang cengkeram atau stakeholder bagi menentukan pembayaran pelaburan di buat secara beransuran.
(c)    Tiada sebarang underwriting arrangement bagi melindungi EPIC sekiranya pelaburan ini mendatangkan kerugian, terutama apabila transaksi itu adalah secara private placement.
(d)   Tiada juga sebarang representasi atau wakil EPIC di dalam Lembaga Pengarah syarikat Aurado ini sedangkan EPIC mempunyai 13% saham di dalam syarikat tersebut dan merupakan pemegang saham yang besar (substancial shareholder).
(e)   Peguam-peguam EPIC telah menasihatkan bahawa peluang EPIC untuk mendapatkan kembali pelaburannya adalah tipis sekali. Latar bekalang kes, sekitar September atau Oktober 2003, EPIC telah dijemput untuk melabur di dalam sebuah syarikat iaitu Aurado.
Pengurusan dan pentadbiran syarikat kumpulan EPIC ketika itu berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang dipegang oleh PAS.
epi
Pada 29 Disember 2003, Lembaga Pengarah EPIC telah meluluskan pelaburan di Aurado secara private placement sebanyak CAD 10.5 juta bersamaan 13% pegangan saham di dalam Aurado.
“Pada 8 Januari 2004, bagi melindungi kepentingan EPIC di dalam syarikat Aurado ini, EPIC telah menandatangani suatu perjanjian ‘Put Option Agreement’ dengan Vela iaitu penjual/pemegang saham asal dan bersama di dalam syarikat Aurado,” demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, (13 Disember 2012), “Pada masa yang sama dan tanpa pengetahuan EPIC, Vela juga telah menandatangani suatu perjanjian Call and Put Option Agreement di antara Vela dan Aurado.
“Perjanjian itu membolehkan Vela bukan sahaja membeli saham-saham Aurado sekiranya mahu, tetapi boleh juga menjual saham-sahamnya di dalam Aurado juga.”
Namun, pada 31 Disember 2004, Aurado membayar Vela sebanyak USD 12 juta berdasarkan Call and Put Option Agreement yang telah dilaksanakan oleh Vela.
Tindakan tersebut secara langsung sepatutnya membolehkan Vela untuk membayar hutang-hutangnya sama ada kepada BPI atau EPI, namun Vela gagal membayarnya.
Menurut sumber EPIC, amat jelas perjanjian itu berat sebelah ”win/win” bagi Vela yang mana ,sekiranya saham Aurado meningkat nilainya di Bursa Toronto, Vela berhak membelinya pada harga yang rendah, dan sekiranya harga saham turun pula, Vela berhak menjualnya balik kepada Aurado pada harga yang tinggi (iaitu harga ketika perjanjian di tandatangani).
Dan apabila pada 21 Mac 2004, ketika Lembaga Pengarah EPIC Berhad dibubarkan dan Lembaga Pengarah Baru dilantik berikutan dengan kemenangan semula Barisan Nasional di Terengganu pada pilihanraya umum, kegagalan pelaburan oleh kerajaan PAS mula dikesan.
Selepas mendapat tahu akan butir-butir pelaburan sesat ini, bagi mendapatkan pelaburan EPIC sebanyak CAD 10.5 juta atau RM33 juta itu, Lembaga Pengarah baru telah pada 29 Julai 2004 menyampaikan notis untuk melaksanakan haknya di bawah Put Option Agreement kepada Vela di Switzerland.
Hasilnya, pada Ogos 2004, pengurusan baru EPIC telah mendapati bahawa:
(1)   Vela telah mencagarkan saham-sahamnya di dalam Aurado kepada Banco Popolare di Intra (BPI) sebagai cagaran untuk suatu pinjaman kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.
(2)   Tindakan mencagar saham-saham Aurado bagi menyokong pinjaman kepada pihak ketiga yang tidak dikenali ini adalah dipercayai tidak membawa sebarang keuntungan mahupun apa-apa benefit sekalipun kepada Vela mahupun Aurado.
(3)   Adalah juga dipercayai bahawa tindakan cagaran ini mungkin satu tindakan Vela untuk asset stripping dan mengelakkan tanggungjawabnya kepada EPIC setelah EPIC mengeluarkan Notis dibawah Put Option agreement.
(4)   Pinjaman kepada pihak ketiga juga telah melanggar syarat-syarat pinjaman dan PBI telah memulakan tindakan likuidasi terhadap Vela untuk meliduikasikan saham-saham Aurado yang telah dicagarkan.
Berikutan itu, pada 12 Januari 2005, EPIC telah membuat permohonan untuk Arbitrasi (Timbang Tara) dan interim relief.
Interim relief diberikan pada 21 Januari, 2005 dimana Vela dihalang menjual, menggadai, melupus atau menghapuskan saham-saham yang dimilikinya di dalam Aurado sehingga proses timbang tara selesai diputuskan.
Tuntutan EPIC itu telah dirujuk kepada timbang tara antarabangsa pada 5 Mac 2004 yang mana keputusan berpihak kepada EPIC.
Selain itu, berpandukan nasihat peguamnya di Switzerland, EPIC memfailkan permohonan di British Virgin Island (BVI) pada 19 Mac 2005, bagi melaksanakan keputusan timbang tara melalui Mareva Injunction yang boleh di laksanakan dipelbagai negara.
Pemohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah BVI pada 5 April 2005. Untuk rekod, semenjak Mac 2005 apabila tindakan asal di failkan di London, EPIC telah membelanjakan hampir RM3.5 juta untuk tuntutannya terhadap Vela.
Namun apa yang terjadi ialah, walaupun berjaya mendapatkan Perintah Timbang Tara di mana EPIC telah berusaha untuk melaksanakan perintah tersebut di Kanada, Itali dan Switzerland, kecuali pembayaran sebanyak CAD 57,000.00, tindakan pelaksanaan EPIC yang lain tidak membawa hasil sungguhpun perintah berjaya diperolehi.
Amat menyedihkan, jumlah kos yang ditanggung oleh EPIC dalam tindakan terhadap Vela sehingga tahun 2008 melebihi RM4 juta sedangkan pelaburan EPIC dalam Aurado telah dilupuskan atau written off.
Sungguhpun EPIC masih boleh meneruskan tindakan terhadap Vela, Lembaga Pengarah EPIC memutuskan pada 29 April 2009 supaya tindakan-tindakan lanjutan dan lain dihentikan.
Ia bagi mengelakkan perbelanjaan yang berterusan sedangkan kebarangkalian syarikat untuk mendapatkan kembali wang pelaburan adalah amat tipis sama sekali.
Siasatan EPIC yang terkini mendapati Aurado telah dibatalkan daripada pendaftaran syarikat di Kanada pada 2010. Ini secara langsung sudah tiada peluang sama sekali bagi EPIC untuk mendapatkan kembali pelaburannya di dalam Aurado.
Jumlah pelaburan EPIC keseluruhannya yang rugi lebih kurang sebanyak RM 37.5 juta untuk membeli 66,350,711 saham di dalam Aurado ternyata sia-sia belaka.
Namun sejak kalah pilihan raya pada 2004, pemimpin PAS terus membelasah pemimpin BN Terengganu dengan pelbagai asakan kononnya pelaburan kerajaan negeri antara 2004 hingga sekarang tidak menguntungkan dan merugikan rakyat.
Tetapi bagaimana dengan mereka sendiri yang ‘Mengata Dulang, Paku Serpih’ selain ‘Buat Bodoh Bagai Lembu Kenyang’ sedangkan dosa dan kesilapan merela kepada rakyat cuba disorokkan.
Wajarkah dosa-dosa PAS kepada rakyat dengan kerugian RM37 juta melalui pelaburan dalam vela ini didiamkan begitu sahaja?sumber